Showing posts with label Rehlah Ke Walimah Akh Muadz. Show all posts
Showing posts with label Rehlah Ke Walimah Akh Muadz. Show all posts

7/28/2008

Assalamualaikum semua,

Ana nak citer sikit pasal rehlah ke walimah akh Muadz, kami bertolak sebelum subuh jam 4 pagi, ana & ust kz tumpang kereta YB (pakcik supardi), sofyan,rudi & bg ulum keta bg amin, perjalanan nak masuk m'sia tak jam sgtlah, kami tiba di pantai lido pada jam 5 pagi, disana ana & bg ulum tukar kereta memandangkan YB kita penat, rudi supply kita dgn walkie talkie yg amat berguna sekali, save duit bill hp kita, so satu kereta satu walkie talkie. kami solat subuh di kedai minyak petronas dimana sofyan meninggalkan kesannya disana,hehehe....

Selepas solat subuh kami bertolak, kami berhenti di Machap untuk sarapan pagi, kami berehat disana lebih kurang dlm 30 minit,disana sofyan mengambil alih menjadi driver manakala bg ulum tetap menjadi driver sampai alik s'pore (powerroot btul!).

bila dah nak sampai ke rumah pengantin kami berhenti seketika utk bersolek dan berdandan, dan lg sekali sofyan meninggalkan kesannya dan dialah yg paling last siap, kita suma menunggu dia kat kereta dia tak keluar2, ingatkan tetido,heheh, jgn marah (wakenabeb)..... kami tiba di rumah akh muadz dlm jam 12 tgh, Alhamdulillah kami tidak sesat, terima kasih kepada si GPS bg amin kerana menunjukkan jalan yg benar.......

Bila nak masuk ke kawasan rumah pengantin ada 2 sekuriti, so kereta YB jalan dulu supaya dipermudahkan urusan, Alhamdulillah bila mereka melihat YB dgn cepat mereka memberi kita masuk......setibanya di rumah pengantin kami diantara yg terawal sampai, kami pun berjumpa dgn ibu & ayah akh muadz, mereka amat terkejut dgn kehadiran sahabat2 anaknya dr singapura, waktu itu pengantin tgh bersiap2 so kami pun dijemput utk mkn dulu, kitorang pun pantang dijemput, dgn Bismillah kami harungi jamuan2 yg telah disediakan (tp tak sama mcm walimah disini), all kulli hal, Alhamdulillah, sedap makanannya, sampaikan ada org nak tambah tp tak jadi kerana kontrol macho, hehehe....

Selepas agak lama menunggu pengantin kami semua sepakat utk menceroboh tpt persiapan beliau, akh muadz menyambut kami dgn senyuman yg lebar hingga ke telinga menandakan beliau gembira (gembira dgn ketibaan kita ke gembira lain Wallahua'lam).

Disana kami jumpa ikhwah2 lama seperti akh munzir, akh aziz, akh hamzah & akh aslam, semuanya dah ber'couple'..tidak lupa juga kawan karib YB iaitu YB ANWAR IBRAHIM juga ada di walimah tersebut ditemani oleh anaknya.....



Pengantin request supaya ikhwah singapura menghadiahkan 1 persembahan, maka jagoh kita iaitu bg ulum dgn memandai-mandainya meng'offer'kan diri beliau utk membuat pertunjukan silat, beliau ajak sofyan dan bg fen utk join beliau, tp memandangkan tpt tidak mengizinkan maka bg ulum buat sendiri....

Kami bertolak dari sana pada jam 3 ptg, semasa lepas saja dari kawasan rumah pengantin akh kita sofyan jadi mangsa wakenabeb!!! Nak tau detail bole tanya tuan punya badan,hahah...

dlm perjalanan dgn menggunakan walkie talkie kami berbincang dan sepakat utk menuju ke rumah Hj Shamsuri dimana beliau memelihara banyak binatang seperti lembu, rusa, arnab, kambing & ayam utk dijadikan sate di kawasan kajang, YB kita yg beriya-iya ajak kita kesana & ust kz yg menyelesaikan urusan wang, Alhamdulillah..... Maka berbekalkan GPS bg amin n rudi berjaya membawa kami ke destinasi.

Bg ulum telah order tak tau brp bnyk sate, tp bnyk sgt sampai bole bwk alik (lepas kastam ke tidak?) beliau order sate arnab, lembu, rusa, hati & babat, ibarat pesta sate pada waktu tu, setelah selesai mkn kami pun jama' ta'khir disana kemudian kami bertolak utk pulang ke singapura..
Kami tiba di kastam jb lebih kurang jam 9 lebih & disitulah tptnya sekali lg akh sofyan kita utk kali yg kedua kene wakenabeb!! Hahaha....He's the man!

Alhamdulillah sebelum jam 12 kita telah sampai ke singapura, kalau ada yg terkurang bolelah tambah2, seronooooook sgt travel mcm gini, teringat masa zaman2 bujang, yg tak ikut ana rasa rugilah, nxt time kita bole pg lagi mcm ini insya-Allah, klik link berikut utk lihat gambar, gambar kat sate kajang takde, kala nak mintak rudi atau ust kz.

http://sufiman.multiply.com/photos/album/30/Walimah_Akh_Muadz

Mr Cool

Fadzli