1/01/2009

Filistiin di Hati

Salam..

Subhanallah Yang menghidupkan hati-hati dengan mengingatiNya dan syiar-syiarNya.
Ana yakin antara Syiar Allah ialah Masjidil Aqsa dan Tanah Suci Filistiin yang disebut di dalam firman Allah dalam Surah Al-Mulk. Teringat pula firman Allah "ومن يعظم شعائر الله فإنها من تقوى القلوب"

Ana melihat video ini di Youtube http://www.youtube.com/watch?v=JLaEqRpTCZQ&feature=related, teringat beberapa kenangan sewaktu di Kuwait. Antara perkara yang didedahkan sewaktu belajar di Kuwait dulu ialah Qadhiyyah Filistiin. Heran juga kenapa sebelum itu tidak pernah tahu dan faham mengenai Filistiin. Mungkin kita boleh fikirkan bersama. Walaupun difahami bahawa Qadhiyyah Filistiin ini tak semudah yang dikatakan. Dan tak semua yang difahami boleh dikatakan (secara terbuka) kerana ditakuti disalahfahami.

Almuhimm, ceritanya sebenarnya pasal nasyid-nasyid Filistiin dan suara Abu Ratib ni, tak dapat membendung perasaan rindu kepada halaqah-halaqah sewaktu di'doktrin' ;o) mengenai Qadhiyyah Filistiin. Rasa yang amat mendalam, tak dapat diungkapkan. Mudah-mudahan ia tanda iman kepada HurumaatiLlah (Al-Masjidil Haram, Al-Masjidin Nabawi & Al-Masjidil Aqsa). Macam-macam sudut boleh diterokai mengenai Qadhiyyah Filistiin ini:
1. Adakah 'memerdekakan' Al-Aqsa kewajipan setiap muslim?
2. Apakah Qadhiyyah Filistiin sebenarnya? Aqidah? Politik? Wihdah Ukhuwwah Islamiyyah?
3. Kat tanahair kita ni, boleh ke berbicara pasal Qadhiyyah Filistiin?
4. Kalau nak cakap jugak, macam mana nak cakap? Ke takyah cakap? Sebab ini bukan our problem. Ini masalah rakyat Filistiin dan negara-negara jirannya.
5. Ada ke jalan penyelesaian win-win dalam masalah ni? Atau win-lose? Kalau begitu, siapa nak win dan siapa yang lose nanti?
6. Apa ayat-ayat dan hadis-hadis yang menerangkan mengenai Masjidil Aqsa ini?

Hai.. dan bermacam-macam lagi soalan yang berligar dalam kepala otak ini. Sewaktu di Kuwait dulu, macam-macam episod dan kenangan yang ana lalui, daripada khutbah Syeikh Ahmad Al-Qattan yang benar-benar mentarbiyah doktrin Qadhiyyah Filistiin sehinggalah episod Muhammad Ad-Durrah waktu keluar muzaharah kat Syaari' Al-Khaleej dengan members of Majlis Al-Ummah. Power! Kenangan betul lah!

Appreciate any mudakhalah atau ta'liq dari ikhwah ahibba'.

Sebelum ana akhiri entri ini, sila lah enjoy tangisan anak ini:
http://www.youtube.com/watch?v=jDnBUT9J6Vg&feature=related
(kenapa dia nangis eh?)

al-muqassir