9/29/2008

Nasihat Lebaran

Salam semua..

Link-link ini dikhususkan untuk Adik-Adik yang masih menuntut di Kuwait. Cuba hayati lirik yang disampaikan dalam lagu-lagu ini. Sebahagian gambar yang dilampirkan dalam youtube mungkin tidak relevan dengan lagunya dan realiti. Mudah-mudahan Ramadhan dan Lebaran ini membawa seribu keinsafan kepada kita akan erti kehidupan kita menginjak ke alam dewasa.

DARI JAUH KU POHON MAAF

(Sebelum dengar lagu ini, baik jika kita dapat mengingat wajah-wajah orang yang kita kasihi di tanahair. Ibu Ayah kita, adik-beradik kita, saudara-mara kita, sahabat-handai kita dan orang-orang yang kita kasihi)

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

http://www.youtube.com/watch?v=KBBlsuYkiYY&feature=related

AYAH DAN IBU

(Sebelum dengar lagu ini, baik jika dapat kita spare kan 5 minit untuk kita hadirkan semula wajah Mak dan Ayah kita. Tatap semula gambar mereka. Senyum dan ketawa mereka kerana bangga akan kejayaan kita. Ingat semula kesusahan Mak dan Ayah membesarkan kita. Perasaan mereka sewaktu kita meninggalkan mereka di airport kelmarin)

Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Aha...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Aha...
Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibu
Wali wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Aha...

Bagailah tunjuk ajar dan nasihat
Aha...
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

(Kalau dah habis dengar lagu ini, angkatlah kedua belah tangan, doakan Mak Ayah kita sihat & selamat dunia & akhirat. Kalau ada hp, sms dan minta ampun kepada mereka)

http://www.youtube.com/watch?v=MvP6XzFhx-U&feature=related

ANAK DAGANG

(Walau kita tidak bersama, lagu ini kami, Abang-Abang di sini mendedikasikan lagu ini kepada antum semua sebagai bekalan di rantauan, hidup secara berjemaah ibarat keluarga, walau kita tiada pertalian darah, namun begitulah Anugerah Allah kepada hamba-hambaNya) - boleh mainkan lagu ini dalam haflah eid antum dan boleh salam-salam ukhuwah selepas ini ;o)

Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri

Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Jaga tutur kata
Jaga cermat peribahasa
Selalu berbudi tinggi

Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata

Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata

Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri

Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Sombong dan iri hati
Mementingkan kemahuan sendiri
Akhirnya mendapat keji

Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang

Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang

(Inna Nuhibbukum Fillah!)

http://www.youtube.com/watch?v=CNnwfd1m0Es&feature=related

9/22/2008

Gambar siapa ni? (klik!)

Cuba teka ada siapa dalam gambar ni? ;o))
Klasik! Yang 2-2 tu memang dah member lama dah..
Hahaha

9/21/2008

POSKAD SYAWAL (klik subjek ini!)

Li awwal marrah, pelajar Kuwait dapat liputan di akhbar. Mabruk! Kalau tgk BH hardcopy, ada gambar Ma'had Din tercinta.

"Dari jauh kupohon ampun dan maaf... dihalalkan segala makan dan minum..."

Oleh:
Abdul Rauuf Maskhazin
Pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah

BAIT-BAIT lagu M. Nasir, Suatu Hari Di Hari Raya bergema dan menjadi pengubat rindu bagi Saifulhamzi Mohd Salleh pada ambang Lebaran.

Suatu hari di Hari Raya...
Kudengar irama yang sungguh indah...
Kucuba mendekati kepada-Nya...
Kira irama itu adalah...
Suara pujian pada Yang Esa...

Begitulah syahdunya bagi Saifulhamzi, 16 tahun, bekas pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang menyambung pengajiannya di Institusi Agama Kuwait atau dalam bahasa Arabnya, Maahad Diini Kuwait, buat ketika ini.

Beliau adalah antara dua pelajar yang terpilih ke Kuwait menerusi undian di kalangan 10 pelajar terbaik madrasah. Sudah dua tahun Saifulhamzi menuntut di sana.

Saya sempat menemuramah beliau sebelum keberangkatannya semula ke Kuwait selama sembilan bulan.

Soalan (S): Apakah perasaan anda dipilih melanjutkan pengajian ke Kuwait? Bukankah ia agak jauh?

Saifulhamzi (SH): Mula-mula tu, saya rasa agak sedih juga kerana niat saya memang hendak meneruskan pengajian sehingga habis di Madrasah Aljunied Al-Islamiah. Tetapi mak dan bapa saya berikan perangsang. Mereka kata di sana juga boleh belajar.

S: Ok Saiful. Sekarang ni, kita berada dalam bulan Ramadan. Jadi, apa agaknya perbezaan antara sambutan di Kuwait dengan di Singapura?

SH: Kalau di Singapura, kita dapat berbuka dan bersahur dengan keluarga. Ada beraneka lauk-pauk sedap-sedap yang disediakan tetapi di Kuwait pula, keadaannya sama saja setiap hari.
Namun, saya tetap bersyukur. Perbezaannya hanyalah waktu sahurnya. Kita bersahur dengan pelajar asrama lain beramai-ramai sekitar 12 tengah malam (waktu Kuwait). Walaupun lauk-pauknya setiap hari sama, kita tetap enjoy kerana pada setiap waktu berbuka dan sahur, kita dapat bersembang dengan rakan-rakan seasrama.

S: Bagaimana pula suasana Ramadan di Kuwait? Ada lampu lap-lip atau bazar ke?

SH: Suasana Ramadan di sini memang biasa-biasa saja.
Tiada lampu lap-lip, apa lagi bazar. Yang ada ataupun yang agak istimewa ialah pada setiap 10 malam terakhir, kami dapati waktu operasi masjid-masjid di Kuwait dilanjutkan daripada malam hingga ke subuh. Mereka berbuat demikian demi menggalak ibadah qiamullail.
Tarawihnya juga berbeza. Mereka tiada sistem bilal, bermakna tiada bacaan doa selepas setiap habisnya tarawih tidak seperti di Singapura. Kalau nak berdoa pun, kita berdoa sendirian.

S: Syawal akan tiba tidak lama lagi. Anda pernah merasakan suasana Hari Raya di sana selama dua kali bukan? Jadi, apa agaknya perbezaannya dengan sambutan di Singapura?

SH: Ia agak berbeza juga. Kalau di Singapura kita sambut Syawal selama sebulan, di Kuwait kita hanya sambut satu hari sahaja iaitu pada 1 Syawal sahaja. Selepas itu, tiada lagi sambutan.

S: Secara peribadi, bagaimana sambutan anda? Ada dengar lagu raya atau makan kuih raya?

SH: Pada kebiasaannya, hari pertama raya itu disambut di Kedutaan Malaysia di Kuwait. Itupun atas undangan mereka. Lagu raya hanya didengar menerusi telefon bimbit. Justeru, lagu Suatu Hari di Hari Raya, nyanyian M. Nasir itu memang cukup memberi kesayuan apabila didengari tatkala berjauhan daripada keluarga.

S: Apakah tiga benda yang anda rindukan ketika berlebaran bersendirian?

SH : Pertama dan terutama sekali mestilah keluarga. Kedua, Singapura dan ketiga... entah ya, tak teringat buat masa ini.

S: Akhir sekali, bagaimana anda berhubung dengan keluarga anda di Singapura? Apa pula ucapan anda sempena Syawal kelak?

SH: Oh, kalau di Kuwait, saya akan menghubungi mereka melalui kamera jaringan. Alhamdulillah, mereka pandai memanfaatkan alat canggih itu. Tentang ucapan, saya sebagai mewakili pelajar Singapura di Kuwait mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat setempat terutama sekali kedua-dua ibu bapa, abang dan kakak kami. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan kata-kata dan keterlanjuran tingkah-laku. Mohon juga dihalalkan makan-minum kami. Kami mengharapkan doa restu kalian agar kami berjaya di menara gading.

Nota: Mari kita doakan agar adik-adik kita di Kuwait berjaya dan mencapai cita-cita masing-masing. Sabar dan tenang menghadapi segala cabaran. (Zaman kita dah habis! Hehehe)

9/18/2008

حفظ الله الكويت واهلها من كل مكروه وسائر بلاد المسلمين

SEMUA BANGUN!!!! HORMAT!!!!!!!!!!!!!

Mr Straight

OOOOoooooh Kuwait

Melihat gambar ini teringat daku akan Kuwait...
weheshtuuuuniiii
musytaaaq ilaayk...


















9/10/2008

Di Rumah Abg Din

Pertama sekali maaf kerana lambat upload

Kedua, maaf kerana bila gambar ini diterbitkan semua sedang berpuasa..

Tempat: Condo Ust Kamarudin Afandi
Tarikh: entah bila... lupa pulak






Member2 q8 ni kalau bab makan memang no 1. PIZZA WOOO....
tengok tu.. ust Ismail sampai buka kopiah putih dia disebabkan keenakan dan kepedasan pizza.




Waaaah... semua sempat posing..
Insya Allah.. kalau ada gambar baru lagi ana akan upload..
sekian dari bilik berita..
M.N.Mustaqim

9/08/2008

Iftar Jama'i Ikhwah Kuwait (9/9/08)

Salam ikhwah yang dikasihi

Ucapan ribuah terima kasih ana ucapkan kepada ikhwah yang hadir smlm:
- Ust Ismail Terimoh
- Ust Hannan
- Sayid Amin
- Hakim
- Mustaqim
- Saiful
- Sofyan
- Ali
- Hamzah
- Salehin
- Huzaifah
- Sesth
- Ridhwan
- Imran
- Saiful Hamzi
- Zul Hakim
- Hafiz
- Afzhalur
- Abdillah (jadid)
- Ahmad Khalil (jadid)

20 kesemuanya (tepat spt target ana). Alhamdulillah.

Kepada siapa yang dah niat nak dtg, tp tak sempat, insya Allah, mudah2an kita dapat bertemu antum di lain kesempatan.

Spt yg dijadualkan, kami berkumpul smlm waktu iftar di Masjid Kassim dgn jemaah yang lain. Selesai solat, kita minum2 dan makan ringan2 di Alsafa (bawah hotel 81) sebelah Wisma Indah. Kami sempat menikmati suara Ust Sofyan 'Al-Affasiy' sewaktu terawih. (Terima kasih, Yan). Selesai terawih, kita makan2 di Al-Ameen sampai jam 10.45 ketika hujan sudah lebat... ;o)

Alhamdulillah, secara keseluruhan acara ini berjaya dijalankan. Terima kasih banyak2 kepada Ikhwah Akbarul Kibar, Ust Ismail dan Ust Hannan kerana 'menaungi' acara kita semalam. Kami sgt menghargai kedatangan Ust2.

Siapa yang ada ambil/petik/pukul gambar smlm, harap dapat kongsi di sini, atau beri kepada ana utk ditayangkan di blog kita.

Ana ada attach kan senarai nama dan contact ikhwah Kuwait selama 28 tahun (1980-2008) iaitu seramai 53 org! Alhamdulillah 'ala nikmatil Islam, was safar ilal Kuwait, wal ukhuwwah fillah...

9/04/2008

Nasihat di bulan Ramadhan

nadamurni-nasihat Ramadhan

bulan ramadhan bulan bertuah
bulan ibadah bulan mujahadah
bulan rahmat bulan maghfirah
bulan al quran dan lailatulqadar

besarkan ramadhan dgn berpuasa
diwaktu malamnya tambahkan ibadah
bacalah al quran bykkanlah sedekah
terawih kerjakanlah walaupun sunnat

pelihara mata jagalah telinga
kawalah lidah dari yg sia-sia
fikirkanlah yg mendatangkan faedah
hubungkan hatimu dgn Allah

zikir selawat doa panjatkan
pahala ramadhan diganda-gandakan
jgn lupakan jgn lalaikan
ramadhan tiba setahun sekali

bulan ramadhan bayarlah fitrah
untuk membersihkan hati dan diri
sebagai bantuan kpd yg susah
agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah
kepada Mu kami beriman
kerana Mu kami berpuasa
di bulan ini bulan yang mulia
kami mohon rahmat ya Allah
ke ampunan Mu wahai Tuhan

bykkan iktikaf disepuluh hari terakhir
lailatulqadar berlaku dimalam itu
kitakan mendapat pahala yg besar
seperti beribadah seribu bulan



Selamat berpuasa...
Mr Str8

9/02/2008