8/31/2008

Bekas Banduan Calon Guru Al-Quran

EMPAT orang bekas banduan adalah antara lebih 70 orang yang berjaya lulus satu ujian untuk menjadi guru AlQuran kaedah Qiraati.

Lulusan kursus anjuran anjuran Masjid Mujahidin itu mendapat sijil mereka dalam satu majlis di Auditorium Masjid Sultan kelmarin.

Sebahagian daripada mereka adalah guru Al-Quran di di rumah, masjid dan pertubuhan, sementara empat banduan itu baru dibebaskan dari Kompleks Penjara Changi.

Kursus itu dijalankan dengan kerjasama pemegang hak kaedah Qiraati, Raudhatul Mujawwidin dari Kajang, Selangor, dan sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Ini kali ketujuh ia dijalankan.

Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Mujahidin, Haji Rashid Ramli, ini kali pertama bekas banduan menduduki Ujian Calon Guru Al-Quran Metode Qiraati itu.

Lima bekas banduan menyertai kursus itu dan menduduki ujian tersebut tetapi seorang daripada mereka gagal.

Menurut Haji Rashid, para penguji didatangkan dari luar negara bagi setiap peserta.
Daripada 109 peserta, termasuk lima banduan itu, yang menduduki ujian, 71 lulus dan layak menerima Sijil Calon Guru Al-Quran Metode Qiraati.

Sijil disampaikan Ustaz Firdaus Yahya, ketua Darul Quran di Masjid Kampong Siglap.
Dalam ujian selama 20 minit itu, setiap peserta antara lain dinilai dari segi pengetahuan ilmu tajwid dan hukum-hukum khas berhubung ayat-ayat Al-Quran.

Menurut Haji Rashid, pengiktirafan itu adalah langkah pertama bagi persiapan mendapat pentauliahan apabila Muis melakukannya kelak.

'Jika pihak Muis mengeluarkan kriterianya bagi pentauliahan tahun depan, peserta kursus ini hanya perlu meningkatkan kemahiran mereka untuk mendapat pentauliahan Muis,' katanya.

Seorang kaunselor yang juga anggota panel pembimbing Al-Quran di penjara, Haji Zulkiflee Bachik, 40 tahun, berkata: 'Mudah-mudahan kita dapat bersama-sama membebaskan mereka daripada penjara 'kedua', iaitu pandangan negatif masyarakat terhadap mereka.'

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,125875,00.html

1 comment:

Azr said...

I don't know if this would be a sensitive issue..but what is your say about this?I don't know if I'm being skeptical here, but would you let them teach your children?