Cerita pasal berturut-turut ni, memang ada story nya. Ada 2 cerita yang berkaitan dengan "berturut-turut" ni.
1. Berturut-turut mendapat anak. Pada 27 Jun, Jumaat, Akh Sofyan telah dikurniakan cahaya mata yang pertama (putera). Pada 28 Jun, Sabtu, Akh Husin dan Akh Mazlan masing-masing telah dikurniakan seorang puteri (bukan anak pertama). Pada 29 Jun, Ahad, Akh Salehin telah dikurniakan seorang cahaya mata yang pertama (juga putera). Dalam masa 3 hari berturut-turut, 4 orang ikhwah Kuwait telah direzekikan zuriat yang solehah, insya Allah.
2. Berturut-turut mendapat isteri (ini lagi gempak). Pada 19 Julai, Sabtu, Akh Dzarif telah menamatkan zaman bujangnya (sekarang ini di mana dia agaknya? ;o) Pada 26 Julai, esok juga Sabtu, Akh Mu'adz akan menamatkan zaman bujangnya. Pada minggu depan, 2 Ogos, Sabtu, Akh Hamzah (sekarang masih di Yaman) juga akan menamatkan zaman bujangnya. Masya Allah, 3 minggu berturut-turut kita akan 'rewang' di rumah ikhwah kita semua. Pada yang berpeluang, harap kita semua dapat sama-sama turun rewang di rumah Hamzah pada hari Jumaat malam, 1 Ogos mcm di rumah Arip kelmarin. Mudah-mudahan masing-masing pengantin kita mendapatkan pasangan yang solehah penyeri rumahtangga.
Mabruk 'alal Jami'!
7/25/2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Insya'Allah kita lepak2 kt rumah hamzah next week...
Post a Comment