8/06/2008

Bola & BBQ

Salam..

Ikhwah yang dikasihi sekelian,

Alhamdulillah, musim walimah dah selesai. Siapa yang terlepas, mungkin boleh dapatkan sedikit laporan dan gambar2 di ikhwahq8.blogspot.com

Lagi sekali ana ulangi, siapa yang ingin post artikel, perbincangan atau gambar, video dsbgnya harap dapat email kepada ana account google nya agar dapat ana sertakan dalam sidang redaksi blog kita.

Sekarang ni masuk bulan Sya'ban. Mudah2an Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.

Cuma, ana ada 2 pengumuman di sini:

1. Bola: Adik-adik yang masih menuntut di Kuwait ni organize sebuah permainan bola sepak untuk KITA semua.

Tarikh: National Day (9 Ogos)
Waktu: 7 pagi
Tempat: Madrasah Aljunied atau Tampines (belekang Ghufran) atau Simei (Akhuna Ridhwan Jamil akan confirm kan) - Wan, please confirm here. Thanks.

Note: Siapa yang ingin confirm atau tanya apa-apa ttg prog ini, harap dapat sms/call Akh Ridhwan di talian ini: 92984420

2. 3-in-1 prog (Liqa' - Swim - BBQ): Insya Allah, kami ingin membuat liqa' besar-besaran untuk tahun ini sempena percutian soifi adik-adik yang belajar kat Kuwait, perjumpaan antara senior dan junior.

Tarikh: 16 Ogos (Sabtu)
Waktu: 5ptg - 7mlm (Liqa'), 7.30mlm - 10.30mlm (BBQ + Swim)
Tempat: Club House kediaman Akhuna Ust Kamarudin Afandi
Alamat: 26, Canberra Drive, Yishun Emerald Condominium, #08-13 (klik disini utk dapatkan map)
Contact number: 96673420 (Akh Kamarudin)

Memandangkan kita hanya ada lagi seminggu lebih, ana berharap sangat sangat antum dapat RSVP (ta'kidkan) kehadiran antum selewat-lewatnya Isnin depan. Kerana, pihak penganjur perlukan masa untuk estimate berapa ramai orang akan datang untuk persiapan logistik dan BBQ (supaya makanan tak terbuang). Ana harap sangat kefahaman antum. Kalau antum tak dapat datang pun, harap dapat beritahu.

Sila hubungi/sms ana di talian: 81024715 atau email ana di alamat ini: muhammad.saiful.adli@gmail.com

Deadline Isnin depan ok.

Seperkara lagi, kita nak BBQ ni perlukan kepada bahan-bahan. Bahan-bahan ni kita kena shopping dan beli. So, ana harap antum boleh sama-sama sumbangkan infaq utk menjayakan program BBQ ini. Berapa? Ana akan beritahu setelah ana tahu berapa ramai yang akan datang. Kalau ramai yang datang, sumbangan yang diperlukan daripada seorang individu lagi sikit, insya Allah.

Hayya ya syabab! Ana harap antum dapat luangkan sedikit masa utk kita sama-sama bersua muka dan bertanya khabar di samping mengeratkan lagi ukhuwah kita. Memandangkan malam itu adalah malam Nisfu Sya'ban, ana faham ada sebahagian ikhwah (khususan yang bertugas di masjid), tidak dapat hadir seawal jam 5ptg. Namun, ana harap ikhwah yang bertugas pada hari itu dapat hadir selepas selesai majlis Nisfu Sya'ban di tempat kerja masing2. Ok, pleasezz..!!

Ingat! Program ini hanya utk SYABAB sahaja. Famili tidak dapat kita sertakan kali ini. Insya Allah, kita akan cuba plan program lain pula utk famili sekali k.

8/05/2008

Satay Kajang

Sila lihat video clip ini dan jawap soalan berikut:

Apakah ungkapan kata yang diucapkan oleh YB ketika menikmati kelazatan Satay Kajang?

(A) POWER!

(B) TERANTUK!

(C) MENGANCAM!

8/04/2008

Kata-kata Hikmah

Seorang tokoh Ulama bernama Ibn Atho' pernah berkata (fikir-fikirkanlah):

خيرُ ما تطْلُبُهُ منهُ ما هو طالِبُهُ منْكَ